Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Ahmad memulakan operasinya dengan sebuah kelas yang dijadikan bilik perpustakaan pada tahun 1926 di dalam sebuah bangunan kayu beratap nipah di tepi Jalan Rompin Lama di belakang Rumah Sakit Daerah. Seiring dengan perkembangan semasa, perpustakaan sekolah turut menerima pelbagai jenis bahan bacaan untuk kegunaan murid-murid dan dianggarkan terdapat kira-kira 1800 buah buku pada tahun 1972. Tahun demi tahun, Pusat Sumber melebarkan sayapnya dengan wujudnya bilik-bilik khas seperti bilik tayangan dan bilik alat bantu mengajar. Jumlah bahan bacaan semakin banyak dan pelbagai bahan bantu mengajar terdapat di pusat sumber. Pada tahun 2009, Pusat Sumber Sekolah telah dinaik taraf dengan menukar lantai simen kepada lantai berjubin dan menerima sumbangan daripada pelbagai pihak seperti pendingin hawa dan komputer. Pada tahun 2010, sistem automasi telah diperkenalkan di sekolah ini dan menggunakan Sistem Pengurusan Pusat Sumber S-Lib yang dibekalkan oleh HDA Integrated Solution Sdn Bhd. Melalui sistem automasi ini, proses peminjaman dan pemulangan telah menggunakan komputer sepenuhnya. Murid-murid telah diberikan Kad Pintar PSS bagi memudahkan proses pinjaman dan pemulangan.Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Ahmad sekali lagi mengalami proses naik taraf pada tahun 2011 iaitu dengan menukar lantai jubin coklat bersaiz 1 kaki kepada jubin bersaiz 2 kaki warna kelabu dan turut menukar cermin tingkap nakoh kepada cermin tingkap slinding. Justeru, Pusat Sumber telah mengalami penstrukturan semula dengan menyediakan bilik tayangan di sebelah perpustakaan dan menukar bilik bahan bantu mengajar ke bangunan baru bersebelahan dengan pejabat sekolah. Proses naik taraf ini telah ditanggung sepenuhnya oleh alumni sekolah. Selain itu, perpustakaan sekolah turut menerima sumbangan buku daripada Perpustakaan Negara dan orang perseorangan.Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Ahmad telah menunjukkan peningkatan yang amat membanggakan apabila dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada semua guru dan murid. Terdapat bilik-bilik khas yang telah diwujudkan iaitu makmal komputer, bilik bahasa, bilik tayangan, bilik bahan bantu mengajar, bilik radio sekolah dan galeri sekolah.
Rabu, 25 Julai 2012
Selamat Datang ke Blog Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Ahmad
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Salam perkenalan buat semua pembaca blog Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan, Pahang. Blog ini dibina bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan pusat sumber sekolah dan memaparkan aktiviti yang telah dijalankan oleh Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Ahmad. Diharap melalui blog ini, pembaca / pengikut blog ini dapat bertukar-tukar pendapat dalam memantapkan lagi pusat sumber sekolah ini.
Sebarang gambar dan catatan di dalam blog ini adalah hak cipta sepenuhnya Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Ahmad. Sila maklumkan kepada pihak kami sebelum sebarang gambar atau catatan di dalam blog ini di salin semula.
Sekian, terima kasih.

Langgan:
Catatan (Atom)