WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL 2012
Penyampaian Watikah Pelantikan
Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada 20 Februari 2012, iaitu bersama Watikah Pelantikan
Pengawas Sekolah, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Pengerusi Kelab dan
Persatuan,Pengerusi Unit Uniform, dan
Inspektor Aedes dan Doktor Muda. Pengawas Pusat Sumber Sekolah pada tahun 2012
ialah seramai 33 orang bagi Tahap 2 dan 10 orang bagi Tahap 1.
Pihak sekolah telah
menjemput SM Paniselvam A/L
Ramakrishnen untuk merasmikan majlis
tersebut. Sebelum Watikah Pelantikan Pengawas , kursus Pemimpin
Kecil telah diadakan pada 07 Februari 2012. Kursus Pemimpin Kecil bagi Pengawas
Pusat Sumber telah diberi oleh Guru Perpustakaan & Media manakala kursus
bagi semua pemimpin kecil telah diberikan oleh Guru Bimbingan & Kaunseling
SK Ahmad. Tujuan utama kursus ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada pengawas tentang peranan
dan tanggungjawab masing-masing. Semua Pengawas Pusat Sumber telah dibekalkan
dengan sebuah fail yang mengandungi peraturan Pusat Sumber.