Jumaat, 21 Disember 2012


WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL 2012
            Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada 20 Februari  2012, iaitu bersama Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Pengerusi Kelab dan Persatuan,Pengerusi Unit Uniform,  dan Inspektor Aedes dan Doktor Muda. Pengawas Pusat Sumber Sekolah pada tahun 2012 ialah seramai 33 orang bagi Tahap 2 dan 10 orang bagi Tahap 1.
              Pihak sekolah telah menjemput  SM Paniselvam A/L Ramakrishnen  untuk merasmikan majlis tersebut. Sebelum  Watikah Pelantikan Pengawas , kursus Pemimpin Kecil telah diadakan pada 07 Februari 2012. Kursus Pemimpin Kecil bagi Pengawas Pusat Sumber telah diberi oleh Guru Perpustakaan & Media manakala kursus bagi semua pemimpin kecil telah diberikan oleh Guru Bimbingan & Kaunseling SK Ahmad. Tujuan utama kursus ini diadakan ialah untuk memberi  pendedahan kepada pengawas tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing. Semua Pengawas Pusat Sumber telah dibekalkan dengan sebuah fail yang mengandungi peraturan Pusat Sumber.

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan